16 Januari 2017 - 16:59
Kumpulan Pembangkang Syria Gesa Israel Luaskan Bantuan Kepada Kumpulan Militan

Sebuah kumpulan anti-Syria yang terdiri daripada beberapa kumpulan pembangkang kerajaan Damsyik yang berpusat di luar negara Arab itu telah secara terbuka meminta rejim Israel untuk berhadapan dengan kerajaan Assad secara langsung.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kumpulan anti-Syria yang terdiri daripada beberapa kumpulan pembangkang  kerajaan Damsyik yang berpusat di luar negara Arab itu telah secara terbuka meminta rejim Israel untuk berhadapan dengan kerajaan Assad secara langsung.

Kumpulan yang dipanggil sebagai Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mewakili beberapa kumpulan anti-Damsyik yang berpusat di luar Syria seperti Perancis dan Belgium turut mengusulkan sebuah pelan jangka panjang kepada Tel Aviv untuk membentuk hubungan lebih baik dengan Israel. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA pada hari Isnin.

Dengan menukilkan laporan sebuah stesyen radio Israel, SANA berkata bahwa pelan tersebut merangkumi pengiktirafan negara Israel oleh kerajaan pasca-Assad. Selain daripada itu mereka juga turut menawarkan kompromi kepada Tel Aviv berkaitan pertikaian di Tebing Golan yang selama ini telah diduduki Israel sejak tahun 1967. Menurut laporan itu, pelan itu juga akan merangkumi proses pembubaran kumpulan-kumpulan Palestin yang bersifat anti-Israel di Syria.

Sementara itu, jurucakap kumpulan tersebut, Fahd al-Masri mengeluarkan sebuah mesej audio dan video yang menuntut Israel untuk meluaskan sokongan dan bantuan mereka kepada kumpulan militan anti-Damsyik.