Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Majlis Politik Agung Yaman berkata bahawa setiap percubaan yang dilakukan oleh kumpulan militan yang ditaja oleh rejim Riyadh untuk merampas kawasan pantai di barat daya Yaman yang terletak berhampiran Selat Bab al-Mandeb Selat telah dipatahkan.
Bercakap kepada televisyen al-Mayadeen yang berpusat di Lubnan, Saleh al-Samad berkata bahawa kumpulan askar upahan anti-Sana'a yang berperang dengan bantuan Riyadh sebenarnya berperang bagi pihak rejim Tel Aviv di Yaman.
Tentera Yaman dan sekutunya tidak bertempur "dengan kumpulan askar upahan ataupun Arab Saudi. Akan tetapi mereka bertempur dengan Israel di kawasan pantai barat negara itu," kata beliau.
Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa kerajaan Arab Saudi terlalu lemah untuk melancarkan kempen ketenteraan anti-Yaman tanpa bantuan Tel Aviv. Kenyataan itu dibuat sambil merujuk kepada pertemuan-pertemuan di antara pegawai-pegawai Riyadh dan Tel Aviv yang diadakan baru-baru ini.
Di dalam sebuah perkembangan yang berbeza, 40 orang askar upahan Arab Saudi termasuk seorang pemerintah mereka dilaporkan sama ada terbunuh ataupun mengalami kecederaan apabila angkatan bersenjata Yaman menyasarkan posisi mereka yang terletak berhampiran Selat Bab al-Mandeb pada hari Ahad. Serangan itu turut memusnahkan perkakasan ketenteraan mereka.
16 Januari 2017 - 17:23
News ID: 805364
Presiden Majlis Politik Agung Yaman berkata bahawa setiap percubaan yang dilakukan oleh kumpulan militan yang ditaja oleh rejim Riyadh untuk merampas kawasan pantai di barat daya Yaman yang terletak berhampiran Selat Bab al-Mandeb Selat telah dipatahkan.