23 Januari 2017 - 18:52
Operasi Ke Atas Pengganas Di Wadi Barada Bukan Pencabulan Perjanjian Gencatan Senjata: Syria

Menurut duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bashar Jaafari, operasi Tentera Arab Syria di Wadi Barada bertujuan untuk melawan tindakan kumpulan pengganas yang cuba menghentikan bekalan air ke Damsyik dan perkara itu tidak boleh diambil kira sebagai pencabulan kepada perjanjian gencatan senjata yang diumumkan pada Disember lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bashar Jaafari, operasi Tentera Arab Syria di Wadi Barada bertujuan untuk melawan tindakan kumpulan pengganas yang cuba menghentikan bekalan air ke Damsyik dan perkara itu tidak boleh diambil kira sebagai pencabulan kepada perjanjian gencatan senjata yang diumumkan pada Disember lalu.

"Operasi ini dilancarkan ke atas mereka yang cuba mencemari sumber bekalan air bagi 7 juta manusia dan perkara ini tidak boleh dianggap sebagai sebuah pencabulan terhadap gencatan senjata (yang dipersetujui sebelum ini)," kata Jaafari.

Tentera Syria dilaporkan bertempur dengan kumpulan pengganas Jabhat Fateh al-Sham (dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra) yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria di kawasan sekitar Damsyik. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Syria, di dalam sebuah temuramah dengan media Perancis.

Kumpulan pengganas itu serta kumpulan Takfiri Daesh tidak termasuk di dalam proses gencatan senjata yang dikuatkuasakan di seluruh Syria pada masa ini.

Konflik di Syria bermula pada tahun 2011 apabila kumpulan bersenjata yang didanai oleh kerajaan asing memulakan operasi bersenjata mereka di bumi tersebut