25 Januari 2017 - 19:53
Tentera Yaman Tembak Jatuh Helikopter Apache Milik Pakatan Tajaan Saudi

Tentera Yaman berjaya menambak jatuh sebuah helikopter penyerang Apache milik tentera pakatan tajaan Arab Saudi di negara tersebut

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman berjaya menambak jatuh sebuah helikopter penyerang Apache milik tentera pakatan tajaan Arab Saudi di negara tersebut.

Laporan menunjukkan bahawa helikopter itu ditembak jatuh di daerah Dhubab yang terletak di wilayah Ta'izz.

Saluran televisyen al-Masirah melaporkan bahawa angkatan tentera negara itu juga berjaya mematahkan kemaraan tentera Arab Saudi di beberapa bahagian di Yaman.

Sementara itu, jet pejuang Arab Saudi terus mengebom beberapa daerah yang terletak di wilayah Mahwit dan Ma'arib.

Arab Saudi melancarkan kempen berdarah mereka ke atas Yaman pada Mac 2015 sebagai usaha untuk mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Rabbuh Mansur Hadi yang kini berada di dalam pelarian.

Kempen ganas Arab Saudi setakat ini telah mengorbankan 11400 warga awam.