26 Januari 2017 - 21:25
Trump Arahkan Pemotongan Dana Kepada Pertubuhan Antarabangsa Termasuk PBB

Pentadbiran Amerika Syarikat yang diterajui Presiden Donald Trump sedang mempersiapkan arahan eksekutif untuk mengurangkan penyaluran dana kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beberapa pertubuhan antarabangsa yang lain. Mereka juga sedang sibuk memulakan proses menyemak semula perjanjian-perjanjian pelabagai hala dan mungkin juga membatalkannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Amerika Syarikat yang diterajui Presiden Donald Trump sedang mempersiapkan arahan eksekutif untuk mengurangkan penyaluran dana kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beberapa pertubuhan antarabangsa yang lain. Mereka juga sedang sibuk memulakan proses menyemak semula perjanjian-perjanjian pelabagai hala dan mungkin juga membatalkannya.

Menurut The New York Times, sebuah arahan eksekutif bertajuk "Pengdauditan dan Pengurangan Pembiayaan Pertubuhan Antarabangsa," memanggil untuk menamatkan pembiayaan untuk mana-mana agensi PBB dan pertubuhan antarabangsa yang memiliki kriteria-kriteria khusus. Perkara itu dilaporkan oleh media itu pada hari Rabu.

Menurut laporan itu, pertubuhan-pertubuhan yang memberikan keahlian penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin, program yang membiayai pengguguran anak dan mana-mana program yang memintas sekatan terhadap negara Iran atau Korea Utara adalah kriteria yang ditetapkan di dalam semakan semula itu.

Draf itu turut merangkumi pertubuhan yang mencabul hak asasi manusia atau dikuasai oleh negara yang menaja keganasan. Secara keseluruhannya, arahan ini bertujuan untuk mengurangkan pembiayaan Washington ke atas pertubuhan antarabangsa sebanyak 40 peratus.