Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman, Angela Merkel, mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat untuk menghalang kemasukan warga negara dari beberapa negara Islam ke negaranya sambil berkata bahawa perang ke atas keganasan bukanlah alasan untuk mengarahkan sekatan di skala sedemikian.
Pemimpin Jerman itu membuat kenyataan tersebut pada hari Sabtu di dalam sebuah perbualan telefon dengan Presiden Trump. Beliau turut mengingatkan jutawan hartanah itu bahawa Konvensyen Geneva di mana A.S adalah salah satu daripada negara yang menandatanganinya, mewajibkan masyarakat dunia untuk menerima pelarian perang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan serta memberikan perlindungan kepada warga awam di zon perang.
"Beliau (Merkel) yakin bahawa perang ke atas keganasan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengesyaki secara keseluruhan, sekumpulan manusia yang mempunyai latar belakang tertentu," kata jurucakap Merkel, Steffen Seibert pada hari Ahad.
Seibert turut mengatakan bahawa kerajaan Jerman "kesal" dengan larangan kemasukan ke atas warga negara tertentu dan juga pelarian sambil menambah bahawa pihaknya akan mengkaji kesan daripada larangan itu kepada rakyatnya yang memiliki dua kerakyatan.
29 Januari 2017 - 17:43
News ID: 808109
Canselor Jerman, Angela Merkel, mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat untuk menghalang kemasukan warga negara dari beberapa negara Islam ke negaranya sambil berkata bahawa perang ke atas keganasan bukanlah alasan untuk mengarahkan sekatan di skala sedemikian.