29 Januari 2017 - 18:14
Menteri Utama Scotland Alu-Alukan Pelarian Yang Dilarang Masuk Ke A.S

Menteri Utama Sotland, Nicola Sturgeon telah menyatakan bahawa negaranya menerima mana-mana pelarian yang dilarang masuk ke Amerika Syarikat berikutan arahan eksekutif Trump yang dikeluarkan baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Utama Sotland, Nicola Sturgeon telah menyatakan bahawa negaranya menerima mana-mana pelarian yang dilarang masuk ke Amerika Syarikat berikutan arahan eksekutif Trump yang dikeluarkan baru-baru ini.

Strugeon membalas kepada arahan eksekutif Trump yang melarang kemasukan pelarian dan rakyat dari beberapa negara Islam dengan memberi komen kepada mesej Twitter Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

"Selamat datang ke Scotland juga," tulis Sturgeon. Perdana Menteri Justin Trudeau sebelum ini turut mengalu-alukan kemasukan pelarian ke negaranya.

"Kepada mereka yang melarikan diri daripada kekejaman, keganasan dan peperangan, warga Kanada mengalu-alukan kalian tanpa mengambil kira kepercayaan kalian. Kepelbagaian adalah kekuatan kami #Selamat Datang Ke Kanada," baca komen Trudeau di laman akaun Twitter-nya.

Larangan Trump telah mencetuskan kekeliruan dan kemarahan di beberapa lapangan terbang utama di A.S pada hari Sabtu selepas para petugas sempadan mula menahan para pelarian dan pendatang yang tiba ke negara tersebut sehari selepas arahan eksekutif itu dikeluarkan oleh pentadbiran Rumah Putih.