Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Ira, Haider Abadi berkata keputusan kontroversi Trump untuk mengenakan sekatan ketibaan bagi mereka yang datang dari Iraq adalah sebuah tindakan yang 'menghukum' mereka yang benar-benar "memerangi keganasan."
Abadi berkata sedemikian pada hari Selasa ketika mengkritik langkah terbaharu pentadbiran Presiden Trump yang melarang ketibaan warga negara dari 7 buah negara Islam ke Amerika Syarikat. Tujuh negara itu adalah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
"Kamu telah datang kepada mangsa untuk memaksa mereka menerima kesalahan ini, (iaitu) kepada mereka yang berkorban di dalam memerangi keganasan, (kamu datang) untuk menghukum mereka," kecam Abadi.
Sesetengah pihak mengecam tindakan Trump kerana sekatan itu tidak melibatkan negara Arab Saudi di mana 15 daripada pelancar serangan tragedi 9/11 memegang kerakyatan negara Arab itu. Arab Saudi juga merupakan negara yang memperomosikan ajaran Wahhabisme yang menjadi asas kepada pemikiran kumpulan pengganas Takfiri Daesh.
31 Januari 2017 - 20:06
News ID: 808601
Perdana Menteri Ira, Haider Abadi berkata keputusan kontroversi Trump untuk mengenakan sekatan ketibaan bagi mereka yang datang dari Iraq adalah sebuah tindakan yang 'menghukum' mereka yang benar-benar "memerangi keganasan."