Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah kajian, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai nilai penolakan tertinggi berbanding mana-mana presiden yang baru memasuki pejabat di dalam sejarah moden negara tersebut.
Di dalam kajian yang dikendalikan oleh CNN / ORC, 53 peratus daripada rakyat Amerika didapati menolak cara Trump mengendalikan tugasnya sebagai presiden negara tersebut, manakala 44 peratus yang lain pula setuju dengan kaedah dan pendekatan yang diamalkan oleh Donald Trump setakat ini.
Walau bagaimanapun, 78 peratus daripada responden mengatakan bahawa cara Trump mengendalikan jawatan tugasnya sebagai presiden negara itu sememangnya sudah dijangkakan sebelum ini.

Kadar Terendah Dicatatkan Oleh Presiden Donald Trump