5 Februari 2017 - 19:40
Iran Komited Dalam Mencari Solusi Politik Untuk Menamatkan Krisis Syria

Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa negaranya komited terhadap usaha mencari solusi politik untuk menamatkan konflik di Syria yang sudahpun berlanjutan selama 6 tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa negaranya komited terhadap usaha mencari solusi politik untuk menamatkan konflik di Syria yang sudahpun berlanjutan selama 6 tahun.

"Republik Islam Iran kekal komited di dalam mencari penyelesaian poltik untuk menamatkan krisis di Syria dan dalam masa yang sama percaya bahawa solusi ketenteraan hanya berkesan ke atas kumpulan yang tidak mahu meletakkan senjata mereka," kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Shamkhani di dalam sebuah pertemuan dengan wakil khas Rusia berkaitan isu Syria, Alexander Lavrentiev, pada hari hari Ahad di Tehran.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa konflik di Syria tidak boleh diselesaikan selagi kumpulan pengganas termasuk kumpulan Takfiri Daesh dan Jabhat Fateh al-Sham [dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria] masih meneruskan operasi mereka di sana.

Beliau juga berkata sesetengah negara serantau telah melahirkan kerisauan mereka berkaitan inisiatif politik yang dilancarkan oleh negara Iran, Rusia dan Turki untuk menamatkan krisis di negara Arab itu. Menurutnya, mereka ini tidak peduli kepada nasib rakyat Syria yang terpaksa menghadapi keganasan dan militansi di negara itu. Akan tetapi kerisauan mereka timbul kerana kumpulan yang disokong oleh mereka kini semakin kehilangan pegangan mereka di bumi Syria.

/315