Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera kerajaan Syria telah mula mengepung pekan al-Bab yang merupakan kubu terkuat kumpulan pengganas Takfiri Daesh di timur laut Aleppo. Perkara itu dilaporkan oleh kumpulan pemerhati pro-pembangkang pada hari Isnin.
Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) pada hari Isnin melaporkan bahawa tentera Syria telah berjaya mengepung pekan itu secara keseluruhan.
Kumpulan yang berpusat di Britain itu menambah bahawa tentera kerajaan telah berjaya menawan bukit Awishyah yang terletak beberapa ratus meter dari sebuah jalan yang menghubungkan al-Bab ke wilayah Raqqah dan Dayr al-Zawr.
Penawanan bukit itu berlaku beberapa jam setelah tentera kerajaan berjaya merampas kawalan ke atas kampung Awishyah, terang SOHR.
Kemaraan terkini tentera kerajaan bermakna mereka sekaran berjaya mengepung kumpulan pengganas itu di pekan al-Bab, Bizaah, Qabasin dan Tedif.
Kumpulan pemerhati itu turut melaporkan bahawa para pengganas Daesh sebelum ini telahpun memindahkan ahli keluarga mereka dari al-Bab ke kawasan yang masih dikuasai mereka.
/315