6 Februari 2017 - 18:46
Menteri Israel Gunakan Bawang Untuk Hasilkan Tangisan Tiruan

Tindakan Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri yang menggosokkan bawang pada matanya untuk merangsang penghasilan air mata dalam rangka meratapi kematian seorang rabbi, telah dirakamkan di dalam sebuah video. Tangisan 'palsu' itu kemudiannya digunakan untuk membantunya di dalam kempen pilihan raya 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri yang menggosokkan bawang pada matanya untuk merangsang penghasilan air mata dalam rangka meratapi kematian seorang rabbi, telah dirakamkan di dalam sebuah video. Tangisan 'palsu' itu kemudiannya digunakan untuk membantunya di dalam kempen pilihan raya 2015.

Deri yang juga pemimpin parti Shas yang merupakan parti beraliran ultra-ortodoks, telah menggunakan 'helah lama Hollywood' untuk meratapi kematian pemimpin spiritual parti tersebut yang bernama Rabbi Ovadia Yosef. Yosef meninggal dunia pada Oktober 2013.

Rakaman yang disiarkan oleh berita Israel Channel 2, telah dibocorkan oleh penyanyi Benny Elbaz - bekas rakan Deri - yang juga mucul dalam klip video tersebut.

Penasihat kepada kempen pilihan raya Deri ini, Sefi Shaked, mengakui bahawa dia telah mengutarakan idea penggunaan bawang untuk menghasilkan air mata kepada menteri itu.

"Beliau menangis selama beberapa jam," Shaked memberitahu saluran berita. "Saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi ..."