10 Februari 2017 - 19:08
Assad Tolak Rancangan Trump Untuk Wujudkan Zon Keselamatan Di Syria

Presiden Syria, Bashar Assad, menolak rancangan Presiden Donald Trump untuk mewujudkan zon keselamatan di negaranya. Trump mendakwa rancangan itu dibuat untuk melindungi pelarian yang meninggalkan zon konflik di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad, menolak rancangan Presiden Donald Trump untuk mewujudkan zon keselamatan di negaranya. Trump mendakwa rancangan itu dibuat untuk melindungi pelarian yang meninggalkan zon konflik di negara Arab itu.

"Idea itu tidak realistik langsung. Kamu hanya boleh menemui zon selamat di sini sahaja, iaitu negara kami (secara keseluruhan). Mereka tidak perlukan zon selamat," kata pemimpin Syria yang berusia 51 tahun itu di dalam sebuah temu ramah dengan Yahoo News.

Beliau turut menambah dengan mengatakan "(Mengembalikan) kestabilan (ke Syria) adalah lebih mudah untuk dicapai, lebih praktikal dan lebih murah berbanding mewujudkan zon keselamatan."

Assad turut mengatakan bahawa zon keselamatan akan menemui risiko diserang oleh kumpulan pengganas yang berusaha untuk menumbangkan kerajaan sah di Syria.

Kenyataan itu dibuat selepas PBB turut menolak cadangan mewujudkan zon keselamatan dengan mengatakan bahawa situasi di Syria tidak mengizinkan untuk melaksanakan rancangan tersebut.

/315