13 Februari 2017 - 18:46
Damsyik Bersedia Untuk Pertukaran Tahanan

Kerajaan Damsyik dilaporkan bersedia untuk melaksanakan pertukaran tahanan dengan kumpulan pemberontak. Mengikut rancangan itu Damsyik akan menukarkan tahanan yang ditahan di penjara Syria dengan warga awam dan juga anggota tenteranya yang ditahan oleh pasukan pemberontak. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA pada hari Isnin dengan menukilkan sumber rasmi kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Damsyik dilaporkan bersedia untuk melaksanakan pertukaran tahanan dengan kumpulan pemberontak. Mengikut rancangan itu Damsyik akan menukarkan tahanan yang ditahan di penjara Syria dengan warga awam dan juga anggota tenteranya yang ditahan oleh pasukan pemberontak. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA pada hari Isnin dengan menukilkan sumber rasmi kerajaan.

Menurut agensi berita SANA, kerajaan Syria telah menyatakan kesediaan mereka di dalam menukarkan para tahanan yang berada di penjara-penjara negara Arab itu dengan warga awam yang diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak. Pertukaran itu turut merangkumi anggota tentera Damsyik yang ditawan oleh kumpulan yang sama.

Sebelum ini, lebih daripada 50 wanita dan kanak-kanak dilaporkan telah pulang ke rumah mereka di wilayah Latakia selepas kerajaan Syria berjaya membebaskan mereka melalui sebuah perjanjian dengan kumpulan militan yang menculik mereka sebelum ini.

Kumpulan militan yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) sebelum ini menculik para tebusan pada tahun 2013 ketika cuba untuk merampas beberapa buah perkampungan yang terletak di utara Latakia.

/315