Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan empat nama untuk dilantik sebagai penasihat keselamatan termasuk Jeneral Bersara, Keith Kellogg.
"Jeneral Keith Kellogg yang saya kenali sekian lama, calon yang saya sedang pertimbangkan untuk memegang jawatan dalam NSA (Agensi Keselamatan Negara), begitu juga tiga calon lain," kata Trump dalam tweet.
Pada masa sama, Presiden AS itu juga dilaporkan bakal melantik seorang pemilik syarikat hubungan media Republikan untuk mengetuai bahagian komunikasi Rumah Putih, menurut laporan media.
Pengasas syarikat Crossroads Media, Mike Dubke, dijangka dinamakan sebagai pengarah komunikasi Rumah Putih, lapor saluran CNN, NBC dan Fox News, tindakan dilihat dapat membantu jurucakap Sean Spicer, yang menguruskan kedua-dua tugas sejak Trump mengambil alih jawatan bulan lalu.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu manakala Crossroads Media gagal mengulas. CNN, memetik dua pegawai pentadbiran berkata, pengumuman itu mungkin dibuat seawal hari ini, menambah Dubke tidak memberi komen susulan berita itu.
Pelantikan itu juga dapat membantu pasukan komunikasi Trump yang turut termasuk Hope Hicks, pengarah komunikasi strategik dan Dan Scavino, pengarah media sosial. -Reuters
17 Februari 2017 - 18:33
News ID: 812340
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan empat nama untuk dilantik sebagai penasihat keselamatan termasuk Jeneral Bersara, Keith Kellogg.