Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan rakyat Mexico membentuk 'tembok manusia' sepanjang 1.5 kilometer di sempadan Amerika Syarikat (AS) semalam, sebagai membantah rancangan Presiden Donald Trump membina tembok antara dua negara itu.
Tunjuk perasaan anjuran pihak berkuasa tempatan dan kumpulan penyokong Mexico disertai ahli politik, pemimpin sosial dan pelajar di Ciudad Juarez, bandar terbesar di Chihuahua, Mexico yang sudah dipisahkan dengan pagar dari El Paso, Texas.
Penunjuk perasaan membawa sepanduk mengutuk rancangan Trump membina tembok di sempadan untuk menghalang pendatang tanpa izin memasuki AS dan memaksa Mexico membiayai pembinaan tembok itu.
"Pembinaan tembok itu adalah antara idea yang paling teruk. Ia tidak menghalang kemasukan pendatang atau dadah. Ia hanya lambang kebencian dan sikap rasis Donald Trump," kata Carolina Solis, 31.
Setiap hari ramai penduduk dari negara berjiran itu menyeberangi sempadan untuk bekerja, malah menganggap seperti negara sendiri. "Ciudad Juarez dan El Paso adalah satu bandar yang tidak mungkin dipisahkan," kata Leeser yang lahir di sempadan sebelah Mexico. - AFP
18 Februari 2017 - 10:42
News ID: 812464
Ribuan rakyat Mexico membentuk 'tembok manusia' sepanjang 1.5 kilometer di sempadan Amerika Syarikat (AS) semalam, sebagai membantah rancangan Presiden Donald Trump membina tembok antara dua negara itu.