26 Februari 2017 - 15:55
Indonesia Rancang Beli Minyak Daripada Iran Melalui Perjanjian Jangka Panjang

Indonesia berkata bahawa mereka sedang melihat prospek membeli minyak mentah daripada Iran melalui perjanjian jangka panjang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia berkata bahawa mereka sedang melihat prospek membeli minyak mentah daripada Iran melalui perjanjian jangka panjang.

Pengumuman tersebut dibuat ole Darmin Nasution, Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia yang kini sedang melawat negara Timur Tengah itu.

Nasution memberitahu Mahmoud Vaezi, Menteri Informasi dan Komunikasi Iran bahawa negaranya telah membeli sekitar sejuta tong minyak mentah daripada Iran untuk memastikan kesesusaian bahan asli itu dengan loji penapisan minyak milik negara Asia Tenggara tersebut.

Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa setelah proses pemeriksaan kesesuaian itu selesai, Jakarta akan menandatangani sebuah perjanjian jangka panjang dengan Tehran untuk memenuhi keperluan tenaga mereka.

Nasution -yang mengetuai delegasi Jakarta ke Tehran- turut berkata bahawa Indonesia juga berminat untuk membeli
gas petroleum cecair (LPG) daripada Iran. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita IRNA.

Walau bagaimanapun, pegawai itu menekankan bahawa agenda utama negaranya adalah untuk membiayai dua projek minyak di Iran -Mansouri dan Ab Teymour- yang menurutnya mampu menghasilkan 200,000 tong minyak sehari.

Nasution juga berkata bahawa Iran dan Indonesia masih belum berusaha untuk menggunakan kesemua potensi yang sedia ada untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara.

Menteri itu berkata bahawa kerjasama di antara Tehran dan Jakarta boleh dipertingkatkan di beberapa lapangan seperti sektor pertanian, tenaga, pelancongan dan kebudayaan.

Vaezi pula berkata bahawa negaranya berharap untuk melihat tahap perdagangan di antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 25 peratus daripada nilai yang direkodkan sebelum ini.

Menurut beliau, nilai perdagangan di antara kedua-dua negara Islam itu akan melebih angka USD 1.2 bilion.

/315