Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penempatan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan akan lengkap masa antara satu hingga dua bulan lagi.
Agensi berita Yonhap Korea Selatan yang memetik tentera negara itu hari ini, melaporkan sistem pertahanan berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya bulan depan.
Awal hari ini, tentera AS dilaporkan berkata, elemen pertama sistem THAAD sudah tiba di Korea Selatan untuk tujuan penempatan.
Langkah meningkatkan sistem pertahanan dibuat selepas Korea Utara melancarkan ujian empat peluru berpandu balistik semalam, sekali gus membangkitkan kemarahan Seoul dan Jepun. - Reuters
7 Mac 2017 - 18:36
News ID: 816269
Penempatan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan akan lengkap masa antara satu hingga dua bulan lagi.