21 Mac 2017 - 20:25

Seorang bekas pejuang gerila dilaporkan telah memenangi Pilihan Raya Presiden di sini selepas satu pusingan dalam kiraan undi awal hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang bekas pejuang gerila dilaporkan telah memenangi Pilihan Raya Presiden di sini selepas satu pusingan dalam kiraan undi awal hari ini.

Francisco Guterres atau dikenali sebagai Lu Olo memperoleh 57 peratus undi berbanding pesaing utamanya iaitu Menteri Pendidikan negara itu, Antonio de Conceicao yang hanya mendapat 32 peratus undi dalam kempen yang turut melibatkan enam calon lain.

Difahamkan, mana-mana calon yang memperoleh undi melebihi 50 peratus pada pusingan pertama layak untuk memenangi pilihan raya itu. - AFP