24 Mac 2017 - 12:20
Bekas Presiden Yaman Hulurkan Tangan Perdamaian Kepada Arab Saudi

Bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh menyampaikan mesej perdamaian kepada jiran negara itu, Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -Bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh menyampaikan mesej perdamaian kepada jiran negara itu, Arab Saudi.

Di dalam pertemuan dengan para pemimpin Kongres Rakyat di Arhab, Hamedan, Saleh berkata, "Sekarang kita menghulurkan tangan (sebagai simbol) perdamaian kepada jiran kita, Arab Saudi. Kita memanjangkan tangan perdamaian dan dialog, di dalam skop kerja yang tidak merugikan atau membahayakan, jika yang mereka mahukan ialah perdamaian." Kenyataan beliau itu disiarkan disiarkan di dalam laman Facebook-nya.

Beliau turut menambah dengan berkata, "Para penceroboh akan sentiasa dikalahkan, sama ada mereka datang dengan pesawat pejuang ataupun dibantu dengan pelbagai pihak lain. Kesemua itu akan terhempas kerana kesedaran dan kesabaran warga Yaman. Saya sangat mengagumi setiap warga Yaman dan juga kesabaran mereka yang luar biasa."

Saleh kemudiannya mengatakan bahawa kesabaran dan kecekalan warga Yaman mampu mengubah persamaan politik dan juga ketenteraan sama ada di medan tempur atapun di koridor siyasi.

/315