Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah melancarkan serangan ke atas posisi tentera Syria pada waktu dan kawasan yang sama di mana Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandunya ke atas sebuah pangkalan udara Damsyik.
Sumber mengatakan bahawa Daesh melancarkan serangan ke atas kawasan lebuh raya Homs-Sha'rat pada waktu 23:00 GMT dan mengekalkan kedudukan mereka selama sejam sehingga pasukan bantuan tiba.
"Apakah perkara ini sebuah kebetulan di mana pejuang Daesh menyerang sebuah kedudukan pertahanan di antara Homs-Palmyra dan dalam masa yang sama A.S menyerang Sha'irat," kata sumber.
A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.
Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata itu dari pihak mereka tidak masuk akal dan hanya merugikan mereka sahaja.
/315
7 April 2017 - 08:13
News ID: 822401
Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah melancarkan serangan ke atas posisi tentera Syria pada waktu dan kawasan yang sama di mana Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandunya ke atas sebuah pangkalan udara Damsyik.