11 April 2017 - 06:12
Pegawai Pengawal Revolusi Islam Iran Dibunuh Pengganas Takfiri

Seorang pemimpin tentera daripada Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah dibunuh oleh dua orang pengganas di kawasan tenggara negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemimpin tentera daripada Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah dibunuh oleh dua orang pengganas di kawasan tenggara negara itu.

Rouhollah Aali ditembak mati oleh dua orang pengganas Takfiri ketika dalam perjalanan ke daerah Kurin yang terletak di wilayah Sistan-Baluchistan. Agensi berita Tasnim turut melaporkan bahawa kejadian itu berlaku ketika mangsa masih bertugas pada hari Selasa.

Kedua-dua penyerang itu kemudiannya ditembak mati oleh pasukan sukarelawan Basij.

Aali dilaporkan mengetuai Batalion Kurin daripada briged 110 yang ditugaskan di wilayah Sistan-Baluchistan.

IRGC sebelum ini berjaya mematahkan beberapa plot kumpulan Takfiri yang aktif di Iran dan di dalam proses itu menahan ramai elemen daripada kumpulan pengganas itu.

Pada Jun tahun lepas, IRGC berkata bahawa mereka berkaja menangkap elemen kumpulan Takfiri di negara Iran. Mereka yang ditahan kemudiannya mengaku bahawa telah menerima sokongan daripada Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

/315