Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa negara itu menganggap tindakan (Tehran) mempertahankan Syria dan Iraq sama dengan tindakan mempertahankan diri mereka sendiri.
"Kami menganggap tindakan mempertahankan Syria dan Iraq serta kedaulatan mereka sama dengan mempertahankan diri kami sendiri kerana tindakan mengekalkan kestabilan di negara serantau itu dan dalam masa yang sama mengelakkan perpecahan (wilayah) mereka adalah faktor penting yang menyumbang kepada kestabilan di rantau itu sendiri," kata Ali Akbar Velayati yang menasihati Ayatullah Khamenei berhubung urusan antarabangsa.
Dia membuat kenyataan itu di dalam sebuah pertemuan dengan pegawai daripada Pejabat Persekutuan Persekutuan Jerman, Markus Ederer pada hari Sabtu di Tehran.
Velayati kemudian menambah dengan mengatakan bahawa sesetengah negara serantau kelihatan tidak berminat untuk menyelesaikan konflik yang wujud di rantau itu dan bahkan mencari jalan untuk merumitkan dan memperpanjangkan krisis itu.
Iran menurut Velayati akan mengekalkan kehadiran mereka di Syria dan Iraq setelah mendapat permintaan daripada kedua-dua negara sahabat itu dalam rangka memerangi keganasan.
Iran sememangnya telah menempatkan penasihat ketenteraan mereka di Syria dan Iraq. Kedua-dua negara Arab itu bahkan memuji tindakan Iran yang membantu mereka memerangi keganasan antarabangsa yang melanda wilayah-wilayah mereka.
Velayati turut mengatakan bahawa Iran menghargai pandangan bebas Berlin di dalam Kesatuan Eropah.
Ederer pula berkata bahawa hubungan di antara Jerman dan Iran adalah sesuatu yang sudah lama. -ABNA24
/315
6 Mei 2017 - 17:54
News ID: 828211
Seorang penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa negara itu menganggap tindakan (Tehran) mempertahankan Syria dan Iraq sama dengan tindakan mempertahankan diri mereka sendiri.