Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sejumlah besar para pemimpin masyarakat Muslim di U.K mengutuk serangan pengganas di London dan Manchester sambil berkata bahawa komuniti Muslim Britain akan kekal bersatu di dalam menentang "pembunuhan tidak berhati perut warga awam yang tidak bersalah."
"Kami sangat sedih dengan beberapa siri serangan pengganas yang telah dilancarkan di negara kami oleh para pembunuh yang cuba mencari pengesahan agama ke atas tindakan mereka," kata lebih daripada 130 ketua pemimpin komuniti Muslim di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin.
"Kami ingin mengatakan bahawa tindakan tercela mereka tidak akan mendapat pengesahan mahupun simpati kami."
Pada malam Sabtu lepas, tiga orang suspek telah membunuh 7 oorang awam dan mencederakan 48 yang lain sebelum pihak polis menembak mati mereka semua.
Serangan itu dilancarkan beberapa hari selepas serangan bom di Manchester yang membunuh 22 orang dan mencederakan lebih daripada 120 orang yang lain.
Pemimpin agama itu turut berkata bahawa mereka tidak akan melaksanakan solat jenazah ke atas jenazah penyerang di tengah London.
Mereka menyatakan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira bahawa tindakan mereka melambangkan sejenis penyelewengan agama.
"Ini kerana tindakan yang tidak boleh dipertahankan itu sama sekali bertentangan dengan ajaran-ajaran tinggi Islam," baca kenyataan itu. -ABNA24
/315
6 Jun 2017 - 08:08
News ID: 834574
Sejumlah besar para pemimpin masyarakat Muslim di U.K mengutuk serangan pengganas di London dan Manchester sambil berkata bahawa komuniti Muslim Britain akan kekal bersatu di dalam menentang "pembunuhan tidak berhati perut warga awam yang tidak bersalah."