Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan tentera kerajaan untuk ‘menghancurkan’ kumpulan militan Maute yang masih berada di bandar berkenaan.
“Saya tidak mengarahkan anda untuk mengambil tindakan polis biasa. Saya mengarahkan anda untuk menghancurkan musuh kita.
“Apabila saya kata hancurkan mereka, anda perlu memusnahkan semuanya termasuklah nyawa. Pemberontakan bukan satu perkara main-main,” tegas Duterte.
Pertempuran antara tentera dan Maute mulai tercetus bulan lalu apabila tentera menyerbu sebuah rumah untuk memberkas ketua kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon. - AFP
7 Jun 2017 - 06:45
News ID: 834814
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan tentera kerajaan untuk ‘menghancurkan’ kumpulan militan Maute yang masih berada di bandar berkenaan.