10 Jun 2017 - 02:43
Lubnan Tahan 7 Suspek Pengganas Dan Tumpaskan Rangkaian Keganasan

Pihak berkuasa Lubnan telah menahan tujuh suspek pengganas yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Mereka juga berjaya menumpaskan sebuah rangkaian keganasan dan menggagalkan beberapa siri serangan pengganas yang terancang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Lubnan telah menahan tujuh suspek pengganas yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Mereka juga berjaya menumpaskan sebuah rangkaian keganasan dan menggagalkan beberapa siri serangan pengganas yang terancang.

Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Lubnan, penahanan itu dibuat di dalam sebuah operasi bersama di antara beberapa badan keselamatan di negara tersebut.

Para tahanan termasuk seorang warga Yaman, seorang warga Syria dan 5 orang warga Palestin yang telahpun membuat pengakuan bahawa mereka merancang untuk melakukan pengeboman dan pembunuhan ke atas angkatan tentera negara itu serta warga awamnya. Tiga daripada tahanan itu juga pernah ditahan pada masa dahulu berikutan dakwaan berkaitan aktiviti keganasan.

"Anggota rangkaian itu menerima arahan serta berhubung dengan pengendali mereka di Lubnan," baca kenyataan itu.

Menurut laporan agensi keselamatan, mereka mahu menyasarkan beberapa lokasi di negara tersebut termasuk kem pelarian Ain al-Hilweh dan juga bandar Tripoli yang terletak di utara Lubnan. -ABNA24

/315