11 Jun 2017 - 07:13

Ratusan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di kota London sambil memanggil Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk melepaskan jawatan setelah Parti Konservatif pimpinannya gagal untuk memperolehi majoriti di dalam pilihan raya yang lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di kota London sambil memanggil Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk melepaskan jawatan setelah Parti Konservatif pimpinannya gagal untuk memperolehi majoriti di dalam pilihan raya yang lepas.

Para penunjuk perasaan yang berkumpul di Medan Parlimen pada hari Sabtu menjeritkan slogan anti-May dan perikatan partinya dengan Parti Northern Irish Democratic Unionist (DUP).

Mereka turut membawa sepanduk bertulis "You MAY go now (Kamu boleh pergi sekarang)."

"Tiada perikatan kekejaman" kata seorang penunjuk perasaan. "Dan untuk semua, mesej kami kepada Theresa May ialah; Keluar bermakna Keluar."

Para penunjuk perasaan turut mengutuk keputusan May untuk terus kekal berkuasa di sebalik kegagalan partinya untuk memenangi majoriti di dalam pilihan raya tersebut.

"Dia sepatutnya berhadapan dengan realiti. Dia tidak menang," kata seorang lagi penunjuk perasaan.

May pada April lepas mengumumkan pilihan raya mengejut dengan harapan untuk meningkatkan majoriti Parti Konservatif di parlimen sekaligus menguatkan kedudukannya sebelum memulakan perundingan sukar dengan Kesatuan Eropah berkenaan Brexit.

Perjudian May untuk mengadakan pilihan raya mengejut ternyata memakan diri. Para pengundi Britain memberikan tamparan hebat kepada Parti Konservatif pada hari Khamis dengan menamatkan majoriti parti tersebut sekaligus membawa negara itu kepada senario potlitik yang tidak menentu. -ABNA24

/315