Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintah Kuwait berjata bahawa pertikaian di antara beberapa negara-negara Teluk dengan Qatar boleh mendatangkan beberapa kesan yang tidak "diingini."
"Adalah sukar buat kami -(sebagai) generasi pertama yang membina Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk pada 37 tahun yang lepas- untuk menyaksikan pertikaian di antara negara-negara anggotanya yang boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini," kata Syeikh Sabah al-Ahmad Al Sabah pada hari Isnin.
Sejak awal Jun lepas, Kuwait memainkan peranan sebagai perantara di antara Qatar dengan Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir yang memutuskan hubungan mereka dengan Doha. Mereka turut mengenakan sekatan pengangkutan darat, air, dan udara ke atas kerajaan kecil di Teluk Parsi itu.
Di dalam rangka mendapatkan restu Washington dan Tel Aviv, mereka turut menuduh Qatar mempunyai hubungan dengan Hamas dan menyokong keganasan.
Ketua negara Kuwait pada minggu lepas melawat Qatar selepas lawatannya ke Arab Saudi dan UAE dalam rangka menjadi perantara untuk menyelesaikan pertikaian diplomatik negara-negara itu.
Sementara itu, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengutuk sekatan yang dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya ke atas Doha dengan mengatakan bahawa perkara itu bersifat tidak adil dan tidak sah dari aspek perundangan.
"Apa sahaja yang terkait dengan urusan luar kami... tiada orang berhak untuk membincangkannya," katanya di dalam lawatan beliau ke Paris. -ABNA24
/315
13 Jun 2017 - 07:42
News ID: 836176
Pemerintah Kuwait berjata bahawa pertikaian di antara beberapa negara-negara Teluk dengan Qatar boleh mendatangkan beberapa kesan yang tidak "diingini."