22 Jun 2017 - 02:57
Penyingkiran Assad Tidak Lagi Diperlukan: Presiden Emmanual Macron

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata bahawa negaranya tidak lagi menganggap penyingkiran Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai sebuah pra-syarat kepada penyelesaian konflik yang melanda negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata bahawa negaranya tidak lagi menganggap penyingkiran Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai sebuah pra-syarat kepada penyelesaian konflik yang melanda negara Arab itu.

Presiden yang baru dilantik itu membuat pengumuman yang bertentangan dengan pendirian pentadbiran terdahulu dan lebih dekat dengan pendirian pro-Assad yang diguna pakai oleh Rusia.

"Perspektif baharu yang saya miliki berkenaan subjek ini adalah saya tidak menyatakan bahawa pemergian Assad merupakan sebuah pra-syarat untuk segala-galanya memandangkan tiada siapapun yang berjaya menunjukkan pengganti sah (beliau di Syria kepada saya)," kata Macron di dalam sebuah temu ramah yang diterbitkan oleh beberapa surat khabar Eropah.

"Kenyataan saya adalah jelas. Pertama sekali, perlawanan dengan setiap kumpulan pengganas adalah diperlukan; mereka adalah musuh kita," kata beliau sambil menambah bahawa prioriti kedua beliau adalah untuk memastikan kestabilan dan kedaulatan Syria.

Beliau turut menekankan perihal kepentingan kerjasama dunia di dalam menyelesaikan krisis di Syria dan mengatakan bahawa kerjasama Rusia benar-benar diperlukan untuk membasmi kumpulan Takfiri Daesh.

"Menurut keyakinan saya, perlu wujud pelan tindakan bersifat diplomatik dan politik (untuk menamatkan krisis ini). Kita tidak akan mampu menyelesaikan masalah ini menerusi pendekatan ketenteraan semata-mata," tambahnya. -ABNA24

/315