Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penyerang yang bersenjatakan batu telah merogol dan memukul hingga mati seorang pelarian Syria di Turki beberapa hari sebelum dia dijangka melahirkan anak. Mereka turut mencekik bayinya yang berusia 10 bulan hingga mati.
Pembunuhan ganas itu berlaku di sebalik sentimen umum yang dipenuhi dengan kebencian dan serangan-serangan bersifat perkauman ke atas para pelarian telah mencetuskan kebimbangan berhubung keselamatan mereka di Turki.
Pihak berkuasa Turki telah menahan dua orang lelaki yang dilaporkan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Para penyerang itu, menurut laporan, telah memecah masuk ke rumah di mana wanita muda itu dan anaknya tinggal sebelum membawa mereka berdua ke hutan di bandar Sakarya. Penduduk tempatan menemui mayat mereka berdua di hutan itu.
Wanita itu dijangka akan melahirkan anak pada hari Jumaat. Suami mangsa dilaporkan bekerja di kilang di mana kedua-dua penyerang itu turut bekerja. Mereka dilaporkan bertengkar beberapa hari sebelum jenayah yang menceritakan kesedihan pelarian Syria.
Ankara adalah salah sebuah kuasa di dalam krisis di Syria yang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan Presiden Bashar Al-Assad. Campur tangan asing telah memperkukuhkan kedudukan para militan yang seterusnya menggugat kestabilan dan keamanan negara tersebut.
Militansi dan keganasan pula terus berkembang sebagai natijah daripada campur tangan asing di dalam konflik itu. Perkara itu menyebabkan ramai warga Syria yang tidak bersalah terpaksa meninggalkan kampung halaman dan hidup sebagai pelarian.
Barat berkeras menyalahkan Assad di atas krisis pelarian di negara itu yang turut membawa kesan ke atas negara-negara Eropah khususnya tanpa melihat ke arah diri mereka sendiri yang sering kali menyemarakkan keganasan dengan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada kumpulan militan. -ABNA24
/315
9 Julai 2017 - 06:56
News ID: 841296
Para penyerang yang bersenjatakan batu telah merogol dan memukul hingga mati seorang pelarian Syria di Turki beberapa hari sebelum dia dijangka melahirkan anak. Mereka turut mencekik bayinya yang berusia 10 bulan hingga mati.