Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bank Dunia menganggarkan bahawa perang di Syria telah menyebabkan kerugian sebanyak USD 226 bilion dalam bentuk GDP kepada negara Arab itu.
Timbalan Presiden Bank Dunia bagi urusan Timur Tengah dan Afrika Utara, Hafez Ghanem pada hari Isnin berkata kerugian yang ditanggung oleh Syria sepanjang krisis tersebut adalah empat kali ganda daripada GDP yang dicatatkan bagi negara Arab itu pada tahun 2010.
Ghanem juga menyatakan kekesalannya bahawa perang di Syria telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang besar di kalangan warga awam yang tidak berdosa di negara itu. Beliau menambah bahawa pertempuran di negara tersebut turut memusnahkan sistem sosial dan ekonomi yang pernah wujud di sana.
"Angka kematian sangat menyakitkan. Akan tetapi, perang itu turut memusnahkan institusi dan sistem yang diperlukan oleh sebuah masyarakat untuk berfungsi (dengan baik). Memulihkan kesemua itu akan membawa cabaran yang lebih besar berbanding proses pembinaan semula infrastruktur -- sebuah cabaran yang akan hanya menjadi lebih besar jikalau perang berterusan," kata Ghanem.
"Perang di Syria menghancurkan fabrik sosial dan ekonomi negara itu," tambahnya. -ABNA24
/315
11 Julai 2017 - 09:26
News ID: 841678
Bank Dunia menganggarkan bahawa perang di Syria telah menyebabkan kerugian sebanyak USD 226 bilion dalam bentuk GDP kepada negara Arab itu.