Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa Arab Saudi untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati ke atas 14 orang individu yang dijatuhkan hukuman tersebut oleh mahkamah selepas perbicaraan "yang berat sebelah."
"Dengan pelaksanaan hukuman ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah mempamerkan komitmen tidak berhati perut mereka dalam menggunakan hukuman mati sebagai senjata untuk mendiamkan perbezaan pendapat dan menghapuskan lawan politik mereka," kata pengarah Amnesty di Timur Tengah, Samah Hadid pada hari Isnin.
Kesemua individu tersebut didapati bersalah oleh mahkamah Arab Saudi di atas pertuduhan melakukan "pemberontakan bersenjata terhadap pihak pemerintah" dengan "menembak anggota pihak keselamatan dan kenderaan mereka," "membuat bom molotov cocktail," "mencuri," dan "menghasut, mengurus dan menyertai rusuhan."
Dokumen perundangan menunjukkan bahawa individu terbabit telah ditahan sebelum perbicaraan untuk tempoh yang sangat lama, disiksa serta dilayan dengan buruk ketika proses soal siasat yang berakhir dengan pengakuan mereka.
"Tandatangan Raja Salman kini satu-satunya perkara yang mampu menghalang pelaksanaan hukuman mati ke atas mereka. Dia perlu membatalkan hukuman yang merupakan produk kepada prosiding mahkamah yang penuh dengan penipuan dan secara terang-terangan melanggar piawai perbicaraan adil antarabangsa," tambahnya.
Seramai 66 orang telah dihukum mati oleh pemerintah Arab Saudi sejak permulaan tahun 2017. 26 daripada mereka telah dihukum sejak beberapa minggu lepas.
Pada awal bulan ini, Amnesty menuduh Riyadh menggunakan hukuman mati untuk mendiamkan komuniti Syiah di negara Arab yang berfahaman Wahabi itu. -ABNA24
/315
25 Julai 2017 - 14:24
News ID: 844178
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa Arab Saudi untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati ke atas 14 orang individu yang dijatuhkan hukuman tersebut oleh mahkamah selepas perbicaraan "yang berat sebelah."