Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Turki berkata bahawa negaranya menjangkakan pentadbiran separa autonomi Kurdis di wilayah utara Iraq untuk membatalkan pungutan suara berhubung kemerdekaan wilayah itu daripada negara Iraq sendiri.
Mevlut Cavusoglu yang berada di Baghdad membuat kenyataan tersebut pada hari Rabu di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Ibrahim al-Ja'fari.
Cavusoglu berkata bahawa beliau sendiri akan melawat ke wilayah tersebut pada hari yang sama untuk menyampaikan hasrat Ankara berhubung referendum itu kepada presiden wilayah tersebut, Massoud Barzani.
Kurdistan dijangka akan mengadakan referendum tersebut pada 25 Serptember ini.
Kerajaan pusat Iraq turut menentang referendum tersebut bersama-sama beberapa buah negara serantau seperti Iran dan Turki. Amerika Syarikat turut menyatakan pendirian negatif berhubung pungutan suara itu. Mereka mengatakan bahawa negara Iraq yang dilanda perang tidak bersedia untuk menghadapi proses tersebut.
Cavusoglu turut menegaskan pendirian Ankara yang sebelum ini mengatakan bahawa keputusan untuk mengadakan referendum itu adalah salah. -ABNA24
/315
23 Ogos 2017 - 13:07
News ID: 850080
Menteri Luar Turki berkata bahawa negaranya menjangkakan pentadbiran separa autonomi Kurdis di wilayah utara Iraq untuk membatalkan pungutan suara berhubung kemerdekaan wilayah itu daripada negara Iraq sendiri.