Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang terbang melalui Jepun dan jatuh di perairan utara wilayah Hokkaido awal pagi ini.
Ujian itu yang dakwa pakar menggunakan sebuah peluru berpandu jarak sederhana, Hwasong-12 dibuat ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan tahunan di semenanjung Korea, langkah yang dibantah keras Pyongyang.
Walaupun Korea Utara kerap melancarkan ujian peluru berpandu sejak pentadbiran pemimpin Kim Jong-un termasuk terbaharu Sabtu lalu, namun langkah melancarkan roket sehingga melepasi tanah besar Jepun jarang berlaku.
“Tindakan semberono Korea Utara ini tidak pernah berlaku, serius dan mengancam negara ini,” kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.- REUTERS
29 Ogos 2017 - 02:06
News ID: 851086
Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang terbang melalui Jepun dan jatuh di perairan utara wilayah Hokkaido awal pagi ini.