9 September 2017 - 17:58
'A.S Enggan Kritik Myanmar Kerana Ingin Kekang China'

Amerika Syarikat mungkin tidak akan bertindak ke atas Myanmar sekaligus menghentikan pembersihan etnik yang berlaku di negara Asia Tenggara tersebut kerana Washington merancang untuk meluaskan kerjasama ketenteraan mereka dengan Rangoon yang mempunyai berkongsi sempadan dengan sebuah lagi kuasa besar dunia iaitu China.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat mungkin tidak akan bertindak ke atas Myanmar sekaligus menghentikan pembersihan etnik yang berlaku di negara Asia Tenggara tersebut kerana Washington merancang untuk meluaskan kerjasama ketenteraan mereka dengan Rangoon yang mempunyai berkongsi sempadan dengan sebuah lagi kuasa besar dunia iaitu China.

Senat A.S dilaporkan akan mengundi untuk menyokong sebuah rang undang-undang baharu pada minggu hadapan yang membenarkan Pentagon meluaskan kerjasama ketenteraan mereka dengan tentera Myanmar, lapor The Associated Press pada hari Sabtu.

Rang undang-undang itu juga membolehkan kerjasama berbentuk penganjuran kursus dan bengkel berhubung isu keselamatan maritim, pengaman dan juga perang ke atas penyeludupan manusia, baca sebuah laporan.

Senator terkenal daripada parti Republikan, John McCain yang mempengerusikan Jawatankuasa Senat berhubung Perkhidmatan Pasukan Bersenjata juga enggan mengulas ketika ditanya berhubung rang undang-undang itu.

Sebahagian penganalisis berkata bahawa A.S keberatan untuk merosakkan hubungan dengan Myanmar dengan mengkritik kerajaan Rangoon berhubung tragedi pembersihan etnik Rohingya kerana negara Asia Tenggara itu terletak berdekatan dengan China yang pengaruhnya ingin dikekang oleh Washington.

Tindakan pasif A.S berhubung isu Rohingya telah mengundang kritikan ke atas negara yang digelar sebagai polis dunia dan juara penegak hak asasi manusia.

Menurut pakar, A.S sedang mengamalkan polisi 'Pivot ke Asia' yang secara asasnya merupakan sebuah strategi untuk mengekang pengaruh China. Dengan kerangka inilah A.S merancang strategi diplomatik mereka dengan Myanmar. Rentetan itu, tidak pelik kenapa A.S mendiamkan diri berhubung kekejaman yang dilakukan oleh rejim tersebut.

Oleh kerana itulah pentadbiran Trump dilihat sangat berhati-hati apabila menyatakan kebimbangan mereka berhubung tragedi pembersihan etnik yang berlaku di Myanmar. Mereka juga enggan menjawab desakan sesetengah pihak yang menggesa sekatan dikenakan ke atas rejim Myanmar.

Di dalam masa yang sama, Washington juga menyatakan hasrat mereka untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan mereka dengan Myanmar. -ABNA24

/315