14 September 2017 - 13:49
Presiden Assad Ucap Tahniah Kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam

Presiden Syria, Bashar al-Assad mengucapkan tahniah kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei di dalam sebuah mesej sempena kemenangan 'Barisan Muqawwamah' di Deir ez-Zour.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad mengucapkan tahniah kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei di dalam sebuah mesej sempena kemenangan 'Barisan Muqawwamah' di Deir ez-Zour.

Warga Iran selalu berdiri di samping bangsa Syria di dalam peperangan menentang keganasan, kata Presiden Assad di dalam sebuah mesej yang turut diterima oleh Agensi Berita Republik Islam (IRNA) pada hari Khamis.

Kami berkongsi kemenangan dengan bangsa Iran yang turut menumpahkan darah mereka untuk menghalang (kejahatan) pengganas, kata presiden Syria itu.

Saya dengan ini mengucapkan terima kasih di atas pendirian dan prinsip yang diambil oleh Iran dalam memerangi keganasan serta menyokong warga Syria di dalam membebaskan wilayah kami daripada cengkaman pengganas Takfiri, kata Assad.

Beliau di dalam mesejnya kepada Ayatullah Khamenei turut berkata bahawa "Republik Arab Syria dan Republik Islam Iran akan meneruskan perjuangan mereka dalam menentang ketidakadilan, pencerobohan dan ancaman pengganas."

Damsyik dan Tehran selama ini saling berusaha bersama-sama dalam mewujudkan sebuah sistem serantau dan di peringkat antarabangsa. Sistem itu didirikan di atas prinsip keadilan dan kesamaan yang bertujuan melindungi kemuliaan semua bangsa dan negara. -ABNA24

/315