Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Naib Presiden Iraq, Nouri al-Maliki mengecam referendum pemisahan Kurdistan yang dirancang di utara Iraq sambil memberi amaran bahawa Baghdad tidak akan bertolak ansur dengan pembentukan "Israel kedua" setelah rejim Zionis Israel menjadi satu-satunya entiti yang menyokong referendum itu.
Maliki yang juga bekas Perdana Menteri Iraq dari tahun 2006 hingga 2014 membuat kenyataan itu pada hari Ahad di dalam sebuah pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Iraq, Douglas Silliman di ibukota Baghdad. Beliau menambah bahawa pemimpin-pemimpin Kurdistan Iraqi perlu menghentikan referendum itu secepat mungkin.
Pelaksanaan referendum itu "bertentangan dengan perlembagaan dan berifat tidak prihatin ke atas kepentingan umum warga Iraq ataupun kepentingan khusus etnik Kurdis," kata Maliki.
Komennya tersebut dibuat dua hari selepas anggota parlimen Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG), di ibu negara Erbil meluluskan referendum 25 September di sebalik kenyataan bahawa ahli parlimen daripada parti pembangkang telah memboikot sesi tersebut.
Enam puluh lima daripada 68 ahli parlimen Kurdis yang hadir pada sesi itu mengundi untuk membenarkan pelaksanaan referendum itu. Sekitar 43 orang yang lain memboikot atau tidak hadir ke sesi pengundian tersebut.
Referendum itu kini berhadapan dengan tentangan daripada kerajaan Baghdad, PBB dan Amerika Syarikat sendiri.
"Kami tidak akan mengizinkan pembentukan Israel kedua di utara Iraq," kata Maliki di dalam pertemuan itu seperti yang diterbitkan oleh pejabat naib presiden. Beliau turut menyifatkan referendum itu sebagai berbahaya ke atas keselamatan, kedaulatan dan perpaduan Iraq.
Beliau juga menggesa para pemimpin Kurdis untuk kembali ke meja rundingan. -ABNA24
/315
18 September 2017 - 04:29
News ID: 854872
Naib Presiden Iraq, Nouri al-Maliki mengecam referendum pemisahan Kurdistan yang dirancang di utara Iraq sambil memberi amaran bahawa Baghdad tidak akan bertolak ansur dengan pembentukan "Israel kedua" setelah rejim Zionis Israel menjadi satu-satunya entiti yang menyokong referendum itu.