5 November 2017 - 14:07
Peletakkan Jawatan Hariri Plot Baharu A.S, Arab Saudi Dan Zionis Untuk Tingkatkan Ketegangan Di Timur Tengah

Iran dengan tegas menolak kenyataan oleh Saad Hariri yang telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Lubnan sambil berkata bahawa peletakan jawatannya dan pengulangan tuduhan "tidak berasas" yang sebelum ini kerap dilontarkan oleh rejim Zionis, rejim Saud dan A.S merupakan rancangan terkini mereka untuk mewujudkan ketegangan di Lubnan dan di Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran dengan tegas menolak kenyataan oleh Saad Hariri yang telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Lubnan sambil berkata bahawa peletakan jawatannya dan pengulangan tuduhan "tidak berasas" yang sebelum ini kerap dilontarkan oleh rejim Zionis, rejim Saud dan A.S merupakan rancangan terkini mereka untuk mewujudkan ketegangan di Lubnan dan di Timur Tengah.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi membuat kenyataan pada hari Sabtu beberapa jam selepas pengumuman peletakan jawatan Hariri di Arab Saudi di mana anak kepada Rafiq Hariri itu membuat tuduhan terhadap Gerakan Hizbullah Lubnan dan Iran.

"Pengunduran diri secara mendadak Hariri dan pengumumannya yang dibuat di negara lain, bukan sahaja amat dikesali, bahkan perkara ini sangat menakjubkan. Perkara ini menunjukkan bahawa beliau bermain di istana yang dipersiapkan oleh mereka yang berniat jahat kepada rantau ini," katanya.

"Pemenang sebenar di dalam lapangan ini bukanlah negara Arab ataupun negara Islam. Akan tetapi, (kemenangan ini milik) rejim Zionis (Israel) yang selama ini telah menetapkan kewujudannya melalui ketegangan 'di dalam' dan 'di kalangan' negara-negara Islam di rantau ini," kata jurucakap Iran itu.

Ketika kumpulan pengganas Takfiri Daesh mendekati kehancuran mereka di kawasan serantau, adalah perlu untuk setiap pihak mempromosikan ketenangan dalam rangka menampung kerugian yang dibawa oleh kumpulan pengganas dukungan A.S dan sekutu mereka di rantau ini dan dalam masa yang sama membina semula negara-negara yang dilanda perang, tegas beliau.

Qassemi juga berkata bahawa Iran percaya dengan ketahanan warga Lubnan yang menurut mereka akan menjadi modal bagi negara itu untuk menghancurkan rancangan musuh yang ingin menciptakan ketengangan di sana.

Di dalam ucapannya yang disiarkan dari Arab Saudi pada hari Sabtu, Hariri mengumumkan peletakan jawatannya dengan memetik beberapa alasan termasuk situasi keselamatan di Lubnan. Hariri mengumumkan peletakan jawatan dalam lawatannya ke Arab Saudi.

Hariri juga berkata bahawa dia merasakan bahawa wujud plot yang sedang dirancang untuk menamatkan hidupnya. Sekutu Arab Saudi itu juga menuduh Iran dan Hizbullah berusaha menyemai persengketaan di dunia Arab, sepertimana yang kerap didakwa oleh A.S, rejim Israel dan rejim al-Saud. -ABNA24

/315