Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas penasihat Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Arab Saudi bersedia untuk mengorbankan warga Palestin dalam rangka mengukuhkan hubungan mereka dengan Tel Aviv.
Yaacov Nagel yang sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dalaman Benjamin Netanyahu berkata bahawa kerajaan bermonarki mutlak itu hampir pasti akan mengesahkan sebarang perjanjian di antara rejim Israel dan Palestin dalam rangka menormalkan hubungan mereka dengan Tel Aviv.
Setakat ini, hanya Jordan dan Mesir sahaja yang mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Tel Aviv di kalangan negara-negara Arab.
Negara-negara Arab yang lain tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik rasmi dengan Israel dan berusaha untuk mempamerkan diri mereka sebagai pejuang kepada nasib warga Palestin dan dalam masa yang sama mendakwa Israel sebagai musuh mereka. Akan tetapi, Netanyahu telah membuat pengakuan bahawa rejimnya memiliki hubungan dengan dunia Arab dan berkata bahawa hubungan tersebut sedang meningkat.
Di dalam sebuah komen bersejarah, Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz pada 19 November lepas berkata bahawa Tel Aviv memiliki hubungan rahsia dengan Arab Saudi. -ABNA24
/315
26 November 2017 - 17:24
News ID: 869261
Bekas penasihat Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Arab Saudi bersedia untuk mengorbankan warga Palestin dalam rangka mengukuhkan hubungan mereka dengan Tel Aviv.