Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata bahawa Perdana Menteri Saad Hariri yang sebelum ini mengejutkan dunia dengan peletakkan jawatan beliau di Riyadh hampir "pasti" akan mengekalkan kedudukannya.
Ketika lawatan beliau ke Rome, Itali pada hari Rabu, Aoun memberitahu wartawan dari surat khabar harian La Stampa bahawa krisis politik di Lubnan yang ditimbulkan oleh pengumuman Hariri berhubung peletakkan jawatannya pada 4 November lepas akan "diselesaikan secara tuntas di dalam beberapa hari lagi."
"Kami baru menamatkan beberapa perbincangan dengan kesemua parti politik yang aktif di Lubnan. Wujud persefahaman yang meluas," kata Presiden Lubnan.
Hariri memberitahu badan penyiaran Perancis CNews pada hari Isnin bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri jika Hizbullah "setuju untuk mematuhi polisi negara untuk tidak melibatkan diri di dalam konflik serantau."
Ditanya berhubung komen Hariri, Aoun berkata bahawa pergerakan Hizbullah Lubnan akan memerangi Daesh di dalam dan luar negara. Akan tetapi, menurut beliau, "apabila perang ke atas keganasan selesai, para pejuang (Hizbullah) akan pulang ke tanah air mereka."
Hariri mengumumkan peletakkan jawatan beliau ketika berada di Riyadh, Arab Saudi.
Sumber yang dekat dengan Hariri dan beberepa pegawai kanan Lubnan berkata bahawa Arab Saudi telah memaksa Perdana Menteri Lubnan itu untuk meletakkan jawatan dan meletakkan beliau di dalam tahanan dalam rumah. Aoun tindakan cermat dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan menerima peletakkan jawatan itu dan menegaskan bahawa PM Lubnan itu telah ditahan di Arab Saudi. -ABNA24
/315
29 November 2017 - 18:21
News ID: 869943
Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata bahawa Perdana Menteri Saad Hariri yang sebelum ini mengejutkan dunia dengan peletakkan jawatan beliau di Riyadh hampir "pasti" akan mengekalkan kedudukannya.