13 Disember 2017 - 18:34
Pesawat Perang Israel Bedil Semenanjung Gaza

Pasukan tentera Israel, pada awal pagi Rabu, mengebom sebuah kawasan Palestin dan tanah pertanian di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan tentera Israel, pada awal pagi Rabu, mengebom sebuah kawasan Palestin dan tanah pertanian di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Sumber Palestin mengatakan, pesawat Israel menembak beberapa roket mensasarkan sebuah kawasan dimiliki oleh sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam serta tanah pertanian di wilayah selatan Semenanjung Gaza, menyebabkan kerosakan teruk di kawasan sekitarnya. - Bernama