Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bangladesh sudah bersedia untuk menghantar seramai 100,000 pelarian etnik Rohingya pulang semula ke Myanmar.
Jurucakap kerajaan, Obaidul Quader berkata, senarai nama 100,000 pelarian itu sudah dihantar ke pihak berkuasa Myanmar hari ini dan proses penghantaran semula bagi fasa pertama akan dimulakan pada Januari depan.
Dianggarkan lebih 655,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan masuk ke Bangladesh ekoran penindasan yang dilakukan oleh tentera negara tersebut. - AFP
30 Disember 2017 - 13:00
News ID: 874929
Bangladesh sudah bersedia untuk menghantar seramai 100,000 pelarian etnik Rohingya pulang semula ke Myanmar.