17 April 2018 - 17:36
Rusia Pertimbang Hantar Sistem Peluru Berpandu S-300 Kepada Syria

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Moscow akan mempertimbangkan keputusan untuk menghantar sistem pertahanan udara S-300 kepada Damsyik berikutan serangan peluru berpandu oleh tiga buah kuasa Barat ke atas Syria baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa Moscow akan mempertimbangkan keputusan untuk menghantar sistem pertahanan udara S-300 kepada Damsyik berikutan serangan peluru berpandu oleh tiga buah kuasa Barat ke atas Syria baru-baru ini.

"Beberapa tahun yang lalu kami memutuskan untuk tidak membekalkan sistem S-300 ke Syria berikutan permintaan yang dibuat oleh rakan kami. Sekarang, kami akan mempertimbangkan semula perkara itu dalam rangka untuk menjamin keselamatan negara Syria selepas tindakan pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom," kata Lavrov kepada BBC pada hari Selasa.

Lavrov menyatakan bahawa Moscow akan mempertimbangkan "pelbagai cara" dalam rangka membantu Damsyik untuk mematahkan pencerobohan masa hadapan.

Pada hari Sabtu, serangan peluru berpandu dilancarkan oleh A.S, Britain dan Perancis ke atas tiga kawasan di Negara Arab Syria; sebuah di Damsyik, dan dua di lagi di bandar Homs. Menurutr Presiden A.S, Donald Trump, ketiga-tiga kawasan itu mempunyai hubungan "dengan keupayaan senjata kimia" milik kerajaan Syria.