Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel telah melancarkan peluru berpandu di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, menurut kenyataan yang dikeluarkan media Syria.
Lapor Al-Jazeera, mengikut sumber tentera yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita SANA, tentera Syria telah berhadapan dengan serangan peluru berpandu Israel.
Sana memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pertahanan udara Syria telah berjaya menembak beberapa peluru berpandu yang masuk ke ruang udara negara itu.
Agensi berita itu turut menyiarkan video letupan kecil di langit pada waktu malam dengan latar belakang lampu bandar tetapi tidak memberikan butiran lanjut tentang serangan itu.
Wartawan AFP di bandar Damasyik di Syria mendengar letupan kuat diikuti oleh beberapa ledakan yang lebih kecil, kata agensi berita itu.
Bagaimanapun, tentera Israel enggan memberi komen mengenai insiden itu tetapi mengatakan mereka akan menggunakan tindakan ketenteraan untuk menghalang pemindahan senjata kepada musuh-musuhnya.-AGENSI
16 September 2018 - 14:04
News ID: 909445
Israel telah melancarkan peluru berpandu di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, menurut kenyataan yang dikeluarkan media Syria.