Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Datuk Bandar Baitulmaqdis, Nir Barkat semalam telah meluluskan permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk meluaskan bangunan kedutaannya di bandar yang diduduki sekitar 700 meter persegi.
"Saya gembira dan bangga untuk meluluskan pengembangan Kedutaan AS di Baitulmaqdis," kata Barkat dalam satu kenyataan.
Cadangan untuk memperluaskan bangunan itu dibuat selepas enam bulan AS membuat keputusan kontroversi memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Selain itu, AS turut mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Langkah Washington itu telah menimbulkan kecaman antarabangsa. - Middle East Monitor
22 November 2018 - 17:59
News ID: 917733
Datuk Bandar Baitulmaqdis, Nir Barkat semalam telah meluluskan permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk meluaskan bangunan kedutaannya di bandar yang diduduki sekitar 700 meter persegi.