Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laporan terkini mendedahkan bahawa sebuah negara teluk berhasrat untuk membeli kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) buatan Israel beberapa tahun dahulu.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Kan, negara yang tidak dinamakan itu membuat permintaan untuk membeli sistem Elbit Hermes 450 yang boleh dilengkapi dengan persenjataan udara ke darat daripada pihak rejim Israel.
Para pegawai tentera rejim mengkaji permintaan tersebut sebelum menolaknya ataas sebab tertentu.
Negara teluk itu kemudiannya membeli sistem Chengdu Pterodacty yang turut dikenali sebagai Wing Loong daripada China.
Beberapa buah negara teluk kini dilihat semakin berusaha di dalam menormalisasikan hubungan mereka dengan rejim Zionis Israel. Press TV
10 Disember 2018 - 17:32
News ID: 920112
Laporan terkini mendedahkan bahawa sebuah negara teluk berhasrat untuk membeli kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) buatan Israel beberapa tahun dahulu.