11 Disember 2018 - 14:44
Ratusan Cedera Kempen Pilihanraya Bangladesh Bertukar Ganas

Kempen pilihan raya Bangladesh bertukar ganas hari ini apabila ratusan penduduk tercedera dalam tunjuk perasaan di seluruh negara, menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengawal keadaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kempen pilihan raya Bangladesh bertukar ganas hari ini apabila ratusan penduduk tercedera dalam tunjuk perasaan di seluruh negara, menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengawal keadaan.

Polis memberitahu, pertempuran tercetus di sekurang-kurangnya tujuh lokasi penting pada hari kedua kempen, mencederakan hampir 100 orang yang turun menyokong dua parti utama untuk pilihan raya 30 Disember ini.

Rusuhan berkenaan adalah susulan kepada tindakan pihak berkuasa ke atas Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan ratusan penyokong gerakan pembangkang dipenjara sebelum kempen bermula.

Ketua Polis tempatan, Mohammad Moniruzzaman berkata, beberapa cermin kereta pecah akibat perbuatan itu namun Alamgir tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun pihak polis menerima beberapa laporan membabitkan kecederaan.

Pembangkang mendakwa tindakan berkenaan dilakukan samseng upahan parti pendahulu, Liga Awami diterajui Perdana Sheikh Hasina yang bakal bertanding untuk mengekalkan kuasanya bagi penggal keempat.

Sementara itu di Kabirhat, selatan Bangladesh, sekurang-kurangnya 22 penduduk cedera selepas pertempuran membabitkan penyokong BNP dan Liga Awami tercetus, masing-masing bersenjatakan kayu serta batu.

Di tengah pekan Faridganj, polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah terhadap perarakan disertai penyokong pembangkang selepas mereka bertindak melempar batu kepada pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 26 orang awam dan empat anggota polis tercedera dalam insiden berkenaan. - AFP