Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Palestin yang berpusat di Gaza, Hamas mengecam tindakan pemerintah Chad yang menormalisasikan hubungan negara tersebut dengan Israel dan menganggap keputusan mereka itu sebagai perbuatan "menikam dari belakang" ke atas bangsa Palestin
Di dalam kenyataan yang sama mereka turut menyeru kerajaan di N'Djamena untuk mempertimbangkan semula langkah tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Ahad lepas melawat Negara Chad, di mana dia dan Presiden Chad, Idriss Deby "mengumumkan pembaharuan hubungan diplomatik di antara Chad dan Israel."
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Hamas mengutuk penglibatan Chad dalam apa yang digelarnya sebagai "gelombang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel."
Pergerakan Palestin turut mengecam perubahan polisi Chad dan memanggilnya sebagai "tikaman dari belakang ke atas warga Palestin dan tuntutan mereka yang adil" terhadap pendudukan Israel ke atas tanah air mereka sendiri. -Press TV
22 Januari 2019 - 17:16
News ID: 925966
Pertubuhan Palestin yang berpusat di Gaza, Hamas mengecam tindakan pemerintah Chad yang menormalisasikan hubungan negara tersebut dengan Israel dan menganggap keputusan mereka itu sebagai perbuatan "menikam dari belakang" ke atas bangsa Palestin