25 Januari 2019 - 18:34
Tunjuk Perasaan Di Beberapa Buah Bandar Raya Dunia Bantah Undang-Undang A.S

Perhimpunan besar-besaran telah diadakan di beberapa buah bandar raya di seluruh dunia untuk membantah sistem undang-undang Amerika Syarikat, berikutan penahanan wartawan Press TV, Marzieh Hashemi selama sepuluh hari di negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perhimpunan besar-besaran telah diadakan di beberapa buah bandar raya di seluruh dunia untuk membantah sistem undang-undang Amerika Syarikat, berikutan penahanan wartawan Press TV, Marzieh Hashemi selama sepuluh hari di negara tersebut.

Marzieh Hashemi melawat Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan para keluarganya yang berada di sana.

Di Melbourne, Australia, para penunjuk perasaan pada hari Jumaat mengutuk penahanan 'tidak sah' yang dilakukan oleh pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ke atas wartawan Press TV tersebut.

Mereka juga mengecam pihak berkuasa A.S kerana membuka Hijab Hashemi secara paksa ketika berada di dalam tahanan.

Orang ramai juga berkumpul di luar kedutaan A.S di London, United Kingdom, untuk menyatakan kemarahan mereka ke atas sistem perundangan A.S.

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan menyokong Hashemi dan membawa plakat yang tertulis, "Kewartawanan bukan jenayah."

Hashemi sudahpun dibebaskan sebelum ini dan tiada sebarang pendakwaan yang dibuat ke atasnya. -Press TV