Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei tidak pernah mempercayai negara-negara Eropah berhubung janji dan komitmen mereka untuk menyelamatkan perjanjian nuklear Iran, lapor akhbar tempatan Iran.
Sebuah video yang menayangkan pertemuan tertutup di antara Ayatollah Khamenei dan Presiden Hassan Rouhani serta kabinetnya pada Julai lalu menunjukkan bahawa Pemimpin Tertinggi Iran itu memberikan nasihat berhubung hasrat Rouhani untuk mengikat ekonomi Iran kepada sistem pembayaran khas di Eropah.
Laman web rasmi Ayatollah Khamenei menerbitkan klip untuk kali pertama pada hari Isnin, mendedahkan pandangan Pemimpin Tertinggi Iran berhubung awaran Eropah untuk melindungi perdagangan mereka dengan Iran daripada sekatan Amerika Syarikat (A.S).
A.S mengenakan sekatan baru ke atas Republik Islam setelah Presiden Donald Trump bertindak menarik keluar Washington daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada Mei 2018.
Eropah tidak mengikuti tindakan Washington, sebaliknya mereka kelihatan berusaha untuk memastikan Iran kekal di dalam perjanjian bersejarah itu dengan menjanjikan insentif yang menimbulkan harapan baru dalam kerajaan Rouhani.
Pemimpin juga menasihatkan kerajaan untuk mengelakkan pra-syarat baru dalam menerima pakej Eropah tersebut dengan berkata, "Jangan jadikan perkara ini sebagai masalah utama, tidak kira sama ada pakej Eropah itu tiba ataupun tidak."
"Kami mempunyai banyak perkara untuk dilaksanakan di negara kita, kita mempunyai potensi dan potensi ini perlu dijelmakan. Cari potensi tersebut, jangan mengikat ekonomi kita kepada sesuatu yang berada di luar kawalan kita sendiri."
Selepas menghabiskan masa selama berbulan-bulan membincangkan mekanisme yang akan menjamin perdagangan berterusan dengan Tehran, negara-negara Eropah pada bulan lepas telah memperkenalkan sistem INSTEX yang datang dengan pelbagai pra-syarat.
Para pegawai kanan Iran mengatakan bahawa Iran tidak akan menerima kepada syarat-syarat yang diletakkan Eropah dalam rangka untuk menggunakan sistem INSTEX.
Pegawai kanan Iran telah membantah prasyarat Eropah, yang memerlukan Iran untuk menyertai FATF (Pasukan Petugas Tindakan Kewangan). Selain daripada itu, Tehran juga dipaksa untuk duduk di dalam meja rundingan untuk membincangkan program peluru berpandu mereka dengan Eropah sebelum INSTEX mula dikuatkuasakan. -Press TV
5 Mac 2019 - 17:13
News ID: 931892
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei tidak pernah mempercayai negara-negara Eropah berhubung janji dan komitmen mereka untuk menyelamatkan perjanjian nuklear Iran, lapor akhbar tempatan Iran.